Tegur menegur adalah salah satu perbuatan dan
sikap yang baik pada pandangan Islam. Bersesuaian dengan kelemahan di dalam diri
manusia yang memerlukan teguran untuk memperbaiki kesilapan diri.
Kita bukannya maksum seperti Nabi dan Rasul
yang sentiasa terpelihara oleh Allah SWT daripada dosa. Kita juga bukan seperti malaikat yang
terhindar daripada dosa dan maksiat kepada Allah SWT.
Dengan teguran, manusia akan sedar atas
kesilapan, kelemahan dan kesalahan dalam diri. Pastinya kita yang hidup
bermasyarakat ini pernah mengalami peristiwa di tegur dan menegur kerana
kesilapan yang di lakukan.
Segala puji bagi Allah bersama sama orang
yang terbuka hatinya untuk menerima teguran dan memperbaiki kesilapan. Namun, cuba kita fikiran sebab-sebab orang tidak boleh
menerima teguran. Bahkan kesalahan yang di lakukan tidak
sebesar mana pun.
Salah satu kebarangkalian orang yang di tegur
tidak boleh menerima teguran itu bukan lah kerana dia tidak boleh berubah dan
memperbaiki kesalahan, tetapi di sebabkan cara dan kaedah teguran yang kurang
bijak atau tidak sesuai pada orang yang di tegur itu.
Tidak dinafikan walaupun perkara yang di
tegur itu sememangnya satu kesalahan yang perlu di tegur. Tetapi teguran dengan cara yang tidak betul
dan berhemah menyebabkan keadaan menjadi semakin buruk.
Maka tidak hairan lah sekiranya ada yang
tidak dapat menerima teguran kerana kesilapan cara menegur seperti sindirian,
perlian, cacian, makian, terlalu emosi semasa menegur,menegur di khalayak
ramai, seterusnya memalukan orang yang di teguranya dan sebagainya.
Mari lah kita teladani keperibadian
Rasulullah SAW ketika baginda menegur sahabatnya sepertimana hadis berikut:
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “Seorang lelaki membonceng Rasulullah SAW pada
hari Arafah. Pemuda itu menyedari kehadiran kaum wanita
lalu memandang ke arah mereka. Rasulullah SAW pun
memalingkan wajah (pemuda tersebut) ke belakang dengan tangannya berulang kali. Pemuda itu mengulangi pandangannya. Rasulullah SAW bersabda kepada pemuda itu:
Wahai anak saudaraku, hari ini sesiapa yang menjaga pendengarannya,
penglihatannya, dan percakapannya, dia akan diampuni (Musnad Ahamd:2922),
Shaikh Ahmad Shakir menyatakan isnadnya sahih.
Hadis ini memberikan pengajaran kepada kita
methodologi dan pendekatan Rasulullah SAW dalam menegur kesilapan yang
dilakukan oleh para Sahabat. Sebagaimana yang kita sedia
maklum, peranan kita sebagai individu dalam masyarakat, antara tanggungjawab
yang perlu kita mainkan ialah menegur kesilapan dan kesalahan orang.
CARA MENEGUR KESILAPAN ORANG:
- MULAKAN DENGAN DIRI SENDIRI
TERLEBIH DAHULU :
Adalah perlu untuk kita memperbetulkan diri sendiri
dulu sebelum memperbetulkan orang lain. Bermuhasabah sentiasa dengan diri sendiri meletakkan
keyakinan dalam diri untuk kita memberi teguran kepada orang lain. InsyaAllah orang yang di tegur mampu menerimanya.
- GUNAKAN GAYA BAHASA YANG PALING
SESUAI : Cuba menasihati dan memberi teguran dengan cara
beradab dan penuh hormat.
Tidak secara kasar dan biadab apatah lagi dengan intonasi
tinggi dan bongkak ketika memberi teguran. Tegurlah dengan kata-kata yang tidak menyinggung perasaan orang yang di
tegur. Sebelum memberi teguran cuba di
dahului dengan kata-kata yang boleh membuat seseorang
itu gemibira.
- LAKUKAN SECARA SEMBUNYI :
Memberi teguran di khalayak ramai kadang kala
boleh menjatuhkan aib dan memalukan orang yang ditegur.
Malang
sekali sekiranya dengan teguran itu boleh mencetus permusuhan dan
menyebabkan keadaan semakin teruk.
- FOKUS KEPADA KESALAHAN TERSEBUT : Tiada salahnya menyebutkan kesalahan orang yang
ditegur secara langsung menyebut kesalahannya. Ini adalah satu keadah memudahkan orang
yang ditegur menerima teguran dan memahami atas kesalahan yang dilakukan
dengan harapan ia tidak diulangi.
- JANGAN MENGUNGKIT UNGKIT KESALAHAN : Manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga supaya hubungan sesama kita turut terpelihara dengan harmoni. Elakkan daripada sikap ungkit mengungkit kesalahan yang ditegur. Cubalah memujuk hatinya dan berikan kata-kata semangat supaya ia dapat berazam untuk berubah memperbaiki kesilapan.