17 Ogos 2016

WARKAH UNTUK ANAK

Buah hati ibu...

Tak terasa kini usia Yusuf sudah sepuluh tahun.  Terasa cepat sangat Yusuf membesar.  Yusuf membesar menjadi kanak-kanak yang sihat dan ceria.  Meskipun kadang-kadang juga masih sering cengeng.  Ibu sedia maklum meskipun terkadang ibu marah jika Yusuf nakal.  Percayalah apa yang ibu lakukan semua adalah untuk kebaikan Yusuf.  Agar Yusuf dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk dan menjadi manusia yang berbudi dan berakhlak tinggi.



Anakku sayang..

Belajarlah lebih giat lagi.  Kerana dizaman yang penuh persaingan ini segalanya hanya boleh diperolehi melalui ilmu.  Yusufkan saudah pandai membaca.  Banyak-banyaklah membaca kerana buku adalah jendela dunia.  Bermimpilah dengan cita-citamu setinggi-tingginya.  Jadilah orang yang selalu haus akan ilmu.  Tetapi maafkan ibu sayang sebab kadang-kadang ibu tidak meluangkan masa mengajar kamu.



Cinta hati ibu...

Ibu sangat mengasihi Yusuf sampai Yusuf dewasa nanti.  Mempunyai keluarga yang boleh dibanggakan adalah impian ibu, sebagaimana atuk dan uwan mendidik ibu, arwah paklong, pak lang, ayah, mak tih, pak ndak dan mak su sehingga sekarang ini.  Yusuf boleh melihat betapa rukunnya kami, saling mengasihi dan menyokong satu sama lain.



Mentari kecil ibu...

Beribadatlah kepada Allah.  Taati dan jalani segala perintahNya dan jauhi segala laranganNya. Jadilah anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga.  Belajarlah ilmu agama kerana ilmu agama adalah ilmu yang diwajibkan oleh Allah untuk kita pelajari.  Percayalah selalu janji Allah bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal.  Oleh sebab itu jangan digadaikan agamamu hanya untuk memperoleh kenikmatan dunia yang tidak akan kekal.



Anakku sayang buah hati ibu...

Ibu bangga Yusuf berusaha menjadi anak yang soleh seperti yang ibu harapkan.  Namun begitu ibu rasa belum cukup lagi melengkapkan diri kamu dengan ilmu-ilmu agama.  Hanya padamu Ya Allah Ya Rabbi aku mohon, jadikanlah anakku ini anak yang soleh.  Anak yang dapat menjadi penyejuk hati ibu di hadapan Mu Ya Allah.   Bantu ibu dengan doa-doamu ye nak.....

Anak kesayangan ibu...

Wajah tembammu..tawamu, suara kamu... membawa kebahagiaan tersendiri.  Maafkan ibu bila ibu sering marah padamu.  Itu kerana ibu sangat sayang pada Yusuf.  Ibu tak ingin melihat Yusuf tersesat jalan.  Surat cinta ini sengaja ibu tulis hanya untuk Yusuf seorang.  Ibu sangat menyayangimu.  Peluk cium sayang hanya untuk mu..



IBU...

22 April 2016

SELAMAT JALAN SAHABAT

Berawal dari sebuah pertemuan dan berakhir dengan sebuah perpisahan, memberi makna yang amat mendalam untuk dijadikan sebuah cerminan hidup bahawa apapun yang ada dalam kehidupan duniawi tidak ada yang abadi.



Ketika waktu menjawab tentang bila sesuatu perpisahan terjadi, maka mau tidak mau, hatipun harus ikhlas untuk menghadapinya, walaupun rasa sedih, rasa rindu dan berat untuk melepasnya kian menjelma.



Kerana pada dasarnya sebuah perpisahan bukanlah akhir dari sebuah pertemuan.  Kenangan manis, kenangan indah dan kenangan saat kita bersama-sama akan abadi hingga ke akhir hayat nanti.



Sembilan tahun lamanya aku berada di BPPK, semua itu bukanlah waktu yang sekejap untuk aku lepaskan. Suka dukaku di BPPK tetap akan menjadi memori terindah dan akan terpahat dihati ku selamanya.



Terima kasih atas senyuman yang kalian berikan, terima kasih atas keindahan yang kalian tanamkan dan terima kasih atas persahabatan yang kalian janjikan.  



Selamat jalan kawan-kawan.  Kalian adalah sahabat yang terbaik yang pernah saya miliki.  


Di dunia ini tidak ada yang sempurna
selalu ada hitam dan putihnya
Begitu juga dengan kehidupan
selalu ada pertemuan dan perpisahan

Hari - hari telah kita lalui bersama
tangan tuhan telah mempertemukan kita,,,
gurau dan tawa kita lalui bersama
suka dan duka kita rasakan bersama

tak lama lagi,,
tinggal menghitung hari,,,
kita akan berpisah
tidak akan bersama

Masa - masa indah yang mungkin tidak akan lagi ada,,,
tapi, kenangan kita selamanya terakam di ingatan saya
masa-masa yang penuh akan warna warni kehidupan nyata
bermimpi untuk menggapai rasa

jangan lupakan semua
jangan kubur semua
biarkan kisah kita
abadi selamanya

hari ini, esok dan selamanya
kalian tetap di hati dan fikiran saya,,,
masa lalu, masa sekarang dan masa yang akan saya jalani
kalian tetap sahabat terbaik saya,,, 


Semoga Allah pertemukan kita lagi,
semoga ukhwah ini berkekalan hingga ke syurga

08 Mei 2015

EMAK AKU

Makkkkk...... saya sayang makkkkkkkkkkk
Orang kata aku lahir dari perut mak 
(Bukan orang kata....memang betul)
Bila aku dahaga, yang susukan aku........ MAK
Bila aku lapar, yang suapkan aku....... MAK
Bila keseorangan, yang sentiasa disamping aku..... MAK
Bila bangun tidur, yang aku cari....... MAK
Bila nangis, orang yang pertama datang.... MAK
Bila nak bermanja, aku dekati..... MAK
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah..... MAK, 
Bila bersedih, yang boleh memujuk aku hanya......MAK
Bila nakal, yang memarahi aku....... MAK
Bila merajuk, yang memujuk aku cuma.......MAK
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.......MAK
Bila takut, yang tenangkan aku...... MAK
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.......MAK



Aku selalu teringatkan..... MAK
Bila sedih, aku mesti telefon.....MAK
Bila seronok, orang pertama aku nak bagi tau......MAK
Bila bengang, aku suka luah pada......MAK
Bila takut, aku selalu panggil.... MAAAAAAAKKKKKKKKK
Bila sakit, orang paling risau adalah.......MAK
Bila buat hal, yang marah aku dulu.......MAK
Bila ada masalah, yang paling risau........MAK



Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini.........MAK
Yang selalu masak makanan kegemaran aku......MAK
Kalau balik kampung, yang selalu bekalkan ulam dan lauk pauk......MAK
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.....MAK
Yang selalu berleter kat aku.....MAK


Yang selalu puji aku.......MAK
Yang selalu nasihat aku.........MAK
Bila nak kawin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk.........MAK
Bila brpisah dengan pasangan, yang memujuk aku......MAK
Bila sedih, aku cari......MAK
Bila berjaya, aku ceritakan pada.......MAK
Bila gagal, aku ceritakan pada............MAK
Bila bahagia, aku peluk erat........MAK
Bila berduka aku peluk erat.....MAK

Selalu
Aku ingat EMAK aku


Terima kasih dari anakmu yang mungkin selama ini telah membuatmu luka dan malu
Terima kasih atas jasa dan pengorbananmu yang tiada tara
Terima kasih atas kasih sayang yang mak berikan disepanjang usiaku
Terima kasih atas doa yang mak panjatkan untuk keberkahan dan keselamatanku
Terima kasih atas semua hal yang mak lakukan untuk kebaikanku

MAK

Maklah wanita yang paling aku cintai selama hidup aku
Ya ALLAH.... sayangilah dirinya seperti dia menyayangi aku
YA ALLAH..... ampunlah dosanya di dunia dan diakhirat.....







22 April 2015

LATIHAN KEBAKARAN DI PEJABAT

Semalam ada latihan kebakaran dengan Bomba... Jam 9.30 pagi loceng kecemasan dah berbunyi. Memandangkan semua dah tau hari nie ada latihan kebakaran memasing berjalan lenggang-lenggang kangkung. Tak macam dua tahun lepas... Bila loceng kecemasan berbunyi baru bomba datang, siap bunyi siren lagi. Masa tu dah ada semangat nak lari sebab teruja dengar bunyi siren bomba...Tapi tadi masa loceng bunyi.... bomba dah siap tunggu.. Alamak tak thrill langsung.  Mood panik pun tak ada.... Orang-orang yang lalu lalang pun buat tak tau jer..... Apa-apa pun tahniah pada ahli-ahli bomba yang sudi datang buat demo kat kami disini....

Masa nie loceng bunyi. Baru nak kuar ofis


Haaaaa..... ini bagus.... Walaupun latihan saja tapi
dia punya lari macam betul-betul ada kebakaran


kat sini kami berkumpul.....

CC kat sebelah sibuk catat kedatangan.. kot-kot ada yang 
tertinggal kat ofis. Ada yang rentung pulak kang... Aku.... sibuk
bergambar....

Encik bomba tengah bagi taklimat. Nampak
tak ketekunan kami mendengar.....



Jangan salah faham. Walaupun sibuk dengan HP tapi
tetap dengar apa yang Encik Bomba cakap....

Demontrasi dah nak mula.....




Ini Encik Sabri.. Pegawai bomba yang bagi taklimat




27 Januari 2015

TEGURAN SECARA BERHEMAH

Tegur menegur adalah salah satu perbuatan dan sikap yang baik pada pandangan Islam. Bersesuaian dengan kelemahan di dalam diri manusia yang memerlukan teguran untuk memperbaiki kesilapan diri.
Kita bukannya maksum seperti Nabi dan Rasul yang sentiasa terpelihara oleh Allah SWT daripada dosa.  Kita juga bukan seperti malaikat yang terhindar daripada dosa dan maksiat kepada Allah SWT.
Dengan teguran, manusia akan sedar atas kesilapan, kelemahan dan kesalahan dalam diri.  Pastinya kita yang hidup bermasyarakat ini pernah mengalami peristiwa di tegur dan menegur kerana kesilapan yang di lakukan.
Segala puji bagi Allah bersama sama orang yang terbuka hatinya untuk menerima teguran dan memperbaiki kesilapan.  Namun, cuba kita fikiran sebab-sebab orang tidak boleh  menerima teguran.  Bahkan kesalahan yang di lakukan tidak sebesar mana pun.
Salah satu kebarangkalian orang yang di tegur tidak boleh menerima teguran itu bukan lah kerana dia tidak boleh berubah dan memperbaiki kesalahan, tetapi di sebabkan cara dan kaedah teguran yang kurang bijak atau tidak sesuai pada orang yang di tegur itu.
Tidak dinafikan walaupun perkara yang di tegur itu sememangnya satu kesalahan yang perlu di tegur.  Tetapi teguran dengan cara yang tidak betul dan berhemah menyebabkan keadaan menjadi semakin buruk.
Maka tidak hairan lah sekiranya ada yang tidak dapat menerima teguran kerana kesilapan cara menegur seperti sindirian, perlian, cacian, makian, terlalu emosi semasa menegur,menegur di khalayak ramai, seterusnya memalukan orang yang di teguranya dan sebagainya.
Mari lah kita teladani keperibadian Rasulullah SAW ketika baginda menegur sahabatnya sepertimana hadis berikut: Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “Seorang lelaki membonceng Rasulullah SAW pada hari Arafah.  Pemuda itu menyedari kehadiran kaum wanita lalu memandang ke arah mereka.  Rasulullah SAW pun memalingkan wajah (pemuda tersebut) ke belakang dengan tangannya berulang kali.  Pemuda itu mengulangi pandangannya.  Rasulullah SAW bersabda kepada pemuda itu: Wahai anak saudaraku, hari ini sesiapa yang menjaga pendengarannya, penglihatannya, dan percakapannya, dia akan diampuni (Musnad Ahamd:2922), Shaikh Ahmad Shakir menyatakan isnadnya sahih.
Hadis ini memberikan pengajaran kepada kita methodologi dan pendekatan Rasulullah SAW dalam menegur kesilapan yang dilakukan oleh para Sahabat.  Sebagaimana yang kita sedia maklum, peranan kita sebagai individu dalam masyarakat, antara tanggungjawab yang perlu kita mainkan ialah menegur kesilapan dan kesalahan orang.

CARA MENEGUR KESILAPAN ORANG:

  • MULAKAN DENGAN DIRI SENDIRI TERLEBIH DAHULU  :  Adalah perlu untuk kita memperbetulkan diri sendiri dulu sebelum memperbetulkan orang lain. Bermuhasabah sentiasa dengan diri sendiri meletakkan keyakinan dalam diri untuk kita memberi teguran kepada orang lain.  InsyaAllah orang yang di tegur mampu menerimanya.

  • GUNAKAN GAYA BAHASA YANG PALING SESUAI  : Cuba menasihati dan memberi teguran dengan cara beradab dan penuh hormat.  Tidak secara kasar dan biadab apatah lagi dengan intonasi tinggi dan bongkak ketika memberi teguran. Tegurlah dengan kata-kata yang tidak menyinggung perasaan orang yang di tegur. Sebelum memberi teguran cuba di dahului dengan kata-kata yang boleh membuat seseorang itu gemibira.

  • LAKUKAN SECARA SEMBUNYI  :  Memberi teguran di khalayak ramai kadang kala boleh  menjatuhkan aib dan memalukan orang yang ditegur.  Malang sekali sekiranya dengan teguran itu boleh mencetus permusuhan dan menyebabkan keadaan semakin teruk.

  • FOKUS KEPADA KESALAHAN TERSEBUT  :  Tiada salahnya menyebutkan kesalahan orang yang ditegur secara langsung menyebut kesalahannya.  Ini adalah satu keadah memudahkan orang yang ditegur menerima teguran dan memahami atas kesalahan yang dilakukan dengan harapan ia tidak diulangi.

  •  JANGAN MENGUNGKIT UNGKIT KESALAHAN  :   Manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga supaya hubungan sesama kita turut terpelihara dengan harmoni.  Elakkan daripada sikap ungkit mengungkit kesalahan yang ditegur.  Cubalah memujuk hatinya dan berikan kata-kata semangat supaya ia dapat berazam untuk berubah memperbaiki kesilapan.