22 Ogos 2014

Tribute Untuk Arwah Abang

     Abang kandung kesayangan aku telah pergi meninggalkan aku dan keluarga untuk selama-lamanya. Abang kesayangan aku dan keluarga telah meninggalkan dunia ini dan pergi menghadap ilahi pada jam 7.15 malam di Hospital Melaka pada 18 Syawal bersamaan hari Khamis pada tahun ini.  

     Jujur aku mengaku, berat sungguh hati ini untuk menerima pemergian abang kesayangan ini. Mungkin mudah bagi mereka yang hanya melihat tanpa merasa bagaimanakah rasanya kehilangan, tapi berat lagi bahu dan hati kami yang merasa keperitan ini.  Hati ini sungguh sayu dan sedih apabila mengenangkan arwah sudah pergi meninggalkan kami sekeluarga. 

     Beliau pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Pergi tak kembali. Pergi menagih janji Ilahi. Pergi dalam bulan yang penuh barakah. Telah menjadi ketetapanNYA. Telah menjadi kehendakkNYA dia pergi meninggalkan kita, meninggalkan dunia yang fana ini.  Takdir Allah mengkehendaki. Sampai ke hari ini, aku masih dalam keadaan terpana. Seolah-olah kepala dipukul oleh gendang yang sangat kuat, dengungannya membuat aku tenggelam dan timbul dalam realiti.  Kadang-kadang hati terasa kuat dan tabah, adakala terasa sangat-sangat lemah.

     Demi Allah aku tidak pernah dapat membaca petanda yang Allah turunkan kepada kami sekeluarga.  Aku terlalu ambil mudah dengan semua perkara.  Jujur aku akui, penyesalan di hati kian bertambah dari hari ke hari. Menyesal hati ini tatkala terkenangkan selama arwah hidup, aku belum punya kesempatan membalas jasa arwah sebagai abang yang cukup baik kepada aku dan adik-adik. Walaupun kehidupan abang sederhana semasa hayatnya, tetapi arwah tidak pernah berkira dengan kami sekeluarga.  

     Semasa hayatnya, Abang seorang yang sangat mesra dan kelakar, abang sangat suka mengusik atau meyakat kami adik beradik.  Memandangkan aku mempunyai tujuh orang adik beradik, dan arwah merupakan anak yang sulung dalam keluarga dimana arwah adalah abang sebelum aku.  Jujur, kami memang Akrab!

     Sangat perit menanggung rindu buatmu abang. Rindu ini akan aku tanggung sampai mati. Syukur pada Allah kerana memilih kami untuk diuji sebegini. Tak sangka, dalam keadaan kami yang sangat lalai dan leka dengan nikmat dunia, solat hujung-hujung waktu, doa lepas solat pun cuma sekadar di bibir dan tak bersungguh, rupanya Allah tidak tinggalkan kami.

     Terlupa. Sangat terlupa bahawa dalam keasyikan kami merancang, ada Allah yang Maha Menentukan dan sebaik-baik Perancang. Pemergian abang menyentak hati kami, terus kami jatuh terduduk ke tanah semula. Barulah tersedar, selama ini kami langsung lupakan Allah dan akhirat dalam setiap rancangan dan impian. Terasa cukup dan sempurna dengan nikmat keluarga, sehingga hilang rasa mengharap dan mahu meminta pada Allah. Sekarang ini, seolah-olah Allah menempelak kami, ‘Nah, apa pula perancangan kamu sekarang?’  Allah Maha Baik. 

     Rupanya selama ini Allah memerhati.   Di saat ini, aku cuma mahu meneruskan kehidupan dengan sebaik-baiknya, walaupun dalam hati ini akan tinggal lompong yang kekal sampai aku mati.

     Tak ada sesuatu pun yang Dia jadikan sia-sia.  Bila Allah ambil abang, hati ini seolah-olah sudah diikat dengan akhirat. Semoga simpulan itu takkan terlerai lagi sampai kami pula yang pulang kepada Dia. Sekarang ini, hanya syurga yang kami mahukan. Hanya syurga yang menjadi motivasi hidup kami di dunia. Sebab hanya di syurga kami dapat bertemu abang semula, dan hidup kekal bahagia sekeluarga, seperti apa yang kami impikan sebelum ini.  Kalau inilah caranya untuk kami sentiasa ingat Allah dan sedar bahawa bahagia di dunia ini hanya sementara, kami akur dengan kehendak dan ketentuanNya.

     Walaubagaimanapun, aku bersyukur arwah dijemput oleh Allah dalam bulan yang barakah. Sungguh terharu dan bersyukur kami panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan insan-insan yang begitu begitu budiman pekertinya, yang sanggup bersusah payah menguruskan jenazah arwah semasa di Melaka walaupun mereka semua hanya bergelar sahabat kepada arwah dan tidak mempunyai sebarang pertalian darah. Tenang roh arwah disana jika arwah mengetahuinya. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan anda semua wahai insan-insan budiman. 

     Terharu sungguh rasa hati kami sekeluarga kerana arwah mendapat kenalan-kenalan yang begitu baik dan menyayanginya.  Dan segala urusan semasa pengkebumian arwah berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan halangan. Syukur Alhamdulillah! Kata-kata terakhir yang aku bisikkan pada sekujur tubuh yang sudah pun dikafankan hanyalah kata-kata yang ingin sekali aku ucapkan semasa hayatnya tetapi aku hanya mampu luahkan semasa arwah sudah tiada.  Kata-kata yang punya sejuta makna menjadi kosong tanpa secebis rasa.... Hanya ini yang mampu aku bisikkan dalam esak tangis ketika bibir ini mengucup dahi jenazah arwah abang.

     Ikhlas daripada kami sekeluarga, ribuan terima kasih aku kirimkan kepada semua saudara-mara, sahabat handai, jiran tetangga serta semua yang telah hadir dan membantu menyelesaikan urusan pengebumian arwah. Kami juga ingin memohon maaf bagi pihak arwah andai ada silap dan salah yang dilakukan sepanjang hayatnya.. Mohon semua dapat memaafkan segala kesalahannya serta halal kan segala makan minumnya. Doakan moga arwah abang dtempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Moga Allah merahmatinya... Sesungguhnya ini yang sudah tertulis untuk arwah dan arwah tetap di hati kami walaupun ianya sukar untuk kami sekeluarga. Al-Fatihah untuk arwah. Semoga arwah tenang di alam sana, kerana aku yakin bahawa Kematian itu bukan Pengakhiran, kerana setiap yang bernyawa pasti akan dijemput menghadap Allah yang maha Esa satu ketika nanti.  

     Untuk kalian yang membaca, pinjamkan bahumu walau sesaat, bantu aku kurangkan beban yang berat ini.

     Untuk arwah, hanya doa dan bacaan ayat suci Al' Quran dapat kukirimkan sebagai peneman mu di sana. InsyaAllah satu hari nanti kita pasti bertemu jua, Sabar menanti aku yang mengira waktu ingin bertemu kamu. Kasih sayang aku terhadap arwah yang berkongsi darah dalam bersaudara akan terus menggunung dan tidak akan berkurang walau sebesar zarah. 



Al fatihah untuk arwah abang RUZAIMAN BIN ABD RAHMAN

02 Julai 2014

Cousins


Semoga mereka tetap mendahulukan Allah dalam apa juga yang dilakukan.

01 Julai 2014

PERTUKARAN KU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

ARAS 1 - 5 & 14, BLOK E12
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA

NURUL ASHIKIN BT ABD RAHMAN

Dukacita dimaklumkan tuan tidak diluluskan bertukar ke negeri/jabatan/bahagian yang dipohon
oleh Panel Pertukaran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia kerana:
-Tiada kekosongan di tempat yang dipilih untuk bertukar
Sila aktifkan semula permohonan anda dengan menggunakan katalaluan yang sama dan
No Kad Pengenalan sebagai id untuk pertimbangan bagi sesi yang akan datang.
Terima kasih kerana berurusan dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia




Huh...... Tak diluluskan lagi pertukaran aku.... Ok FINE..... (mood sakit hati)