31 Disember 2009

AZAM TAHUN BARU




Menjelang tahun baru nie ramai yang mula memasang azam masing-masing. Begitu juga aku...

Saya?.... Saya ingin menjadi yang lebih baik dari hari ini untuk anak, kerjaya dan orang-orang di sekeliling saya yang tidak putus-putus mendoakan saya.. Terima kasih semua. Sememangnya saya rasa lebih mencabar kerana anak sedang membesar. Doakan kehidupan saya sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati. Saya ingin memulakan penghidupan baru dan buang semua kisah-kisah yang tidak menyenangkan dan memberi sepenuh tumpuan kepada kerjaya,anak begitu juga dalam percintaan baru.. Apa salahnya kan.. Saya rasa saya juga berhak untuk hidup bahagia.. Betul tak..

Tapikan saya rasa perancangan hidup sebenarnya tidak memerlukan masa tertentu untuk kita membina perancangan untuk masa depan diri, keluarga dan kerjaya.
Setiap tahun kita menulis azam baru dengan penuh semangat. Mengharapkan apa yang diidamkan dapat dalam tahun tersebut. Dengan bahasa lainnya azam baru memerlukan pemantauan dan post-mortem untuk memastikan impian yang dihajati terlaksana.
Pemantauan akan menjadikan azam baru anda sentiasa dalam perhatian. Kita akan sentiasa ‘alert’ apa yang perlu dilakukan setiap minggu, setiap bulan untuk mencapai langkah demi langkah. Post mortem pula menjadikan azam yang tidak dapat dicapai, diteliti semula dan dirancang kembali untuk tahun berikutnya.

Jadi seeloknya kita senaraikan sekarang apakah azam hanya tidak sempat anda capai pada tahun ini. Kemudian muhasabah balik bagaimana untuk mencapainya pada tahun hadapan. Perancangan pula perlukan jangka pendek dan jangka panjang dan juga ‘backup plan‘ untuk memastikan walau apa jua yang berlaku kita sudah bersedia untuk mencapai azam kita.




Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan hari ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba² Mu yang terpilih.

Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan di sepanjang tahun yang akan datang.

Ya Allah,kekalkanlah tahun 2010 yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Tetapkanlah iman kami, kesihatan tubuh badan kami juga kesenangan harta benda kami.

Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami.Hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan.

Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan.

Amin, amin, amin, ya Rabbil ‘alamin…Hidup Ini Singkat

HAPPY NEW YEAR 2010

30 November 2009

WAHAI TEMAN-TEMANKU


Wahai kawan-kawan ku Disini aku berdiri Mendongak kelangit tinggi. Tersenyum melihat cahaya bulan kini tanpa bintang.586593 Mari semua kawan-kawan ku Mari kita berkumpul kembali Kita duduk bersama-sama Untuk bermain pena Kita asah kembali Pena pusaka datuk nenek moyang kita. Apa sudah tuakah kita? Apa sudah lupakah kita Atau sudah gentarkah kita Atau sudah terlalu uzur dan penat Memikul beban mencari harta Buat ciuman dihari tua! Jangan begitu wahai kawan. Renungan kita maseh berbisa Untuk sebuah butir bicara Serangkai Mutiara kata Sebagai bekal generasi kita Pembangkit semangat bangsa Pengukir ukiran rasa. Kearah satu cita-cita. 586373

MENJADI MANUSIA BARU

Sesaat aku tersedar,

bahwa aku pada saat membuat tulisan ini

tidaklah sama dengan aku pada saat sebelum aku membuat tulisan ini.

Aku hari ini bukanlah aku yang kelmarin.

Aku tahun ini bukan pula aku tahun-tahun kelmarin.

Setiap detik, setiap nafas, setiap langkah…

setiap suka, setiap duka, setiap goda, setiap noda…

selalu memperbaharui diri kita saat demi saat.

Tinggal bagaimana cara kita mencerna setiap rasa yang ditumpahkan kepada kita oleh dunia ini.

Ketika cerca dan maki yang kita terima,

sesaat jiwa kita menjadi kelam dan gundah.

Ketika suka dan ria meraja,

sesaat jiwa kitapun memancarkan kegembiraannya.

Cobaan hidup memberiku pengajaran yang sangat bererti.

Cobaan yang tidak mematahkanku, justru semakin menguatkanku.

Adanya kebangkitan, memberiku pengalaman akan tentangan dan godaan di atas sana.

Adanya kejatuhan, menambah wawasanku bagaimana memandang dari sisi bawah.

Kiranya… aku hari ini bukanlah aku yang lalu.

Terima kasih duniaku, terima kasih Tuhanku,

atas segala liku-liku yang semakin mendewasakanku. .