31 Disember 2009

AZAM TAHUN BARU




Menjelang tahun baru nie ramai yang mula memasang azam masing-masing. Begitu juga aku...

Saya?.... Saya ingin menjadi yang lebih baik dari hari ini untuk anak, kerjaya dan orang-orang di sekeliling saya yang tidak putus-putus mendoakan saya.. Terima kasih semua. Sememangnya saya rasa lebih mencabar kerana anak sedang membesar. Doakan kehidupan saya sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati. Saya ingin memulakan penghidupan baru dan buang semua kisah-kisah yang tidak menyenangkan dan memberi sepenuh tumpuan kepada kerjaya,anak begitu juga dalam percintaan baru.. Apa salahnya kan.. Saya rasa saya juga berhak untuk hidup bahagia.. Betul tak..

Tapikan saya rasa perancangan hidup sebenarnya tidak memerlukan masa tertentu untuk kita membina perancangan untuk masa depan diri, keluarga dan kerjaya.
Setiap tahun kita menulis azam baru dengan penuh semangat. Mengharapkan apa yang diidamkan dapat dalam tahun tersebut. Dengan bahasa lainnya azam baru memerlukan pemantauan dan post-mortem untuk memastikan impian yang dihajati terlaksana.
Pemantauan akan menjadikan azam baru anda sentiasa dalam perhatian. Kita akan sentiasa ‘alert’ apa yang perlu dilakukan setiap minggu, setiap bulan untuk mencapai langkah demi langkah. Post mortem pula menjadikan azam yang tidak dapat dicapai, diteliti semula dan dirancang kembali untuk tahun berikutnya.

Jadi seeloknya kita senaraikan sekarang apakah azam hanya tidak sempat anda capai pada tahun ini. Kemudian muhasabah balik bagaimana untuk mencapainya pada tahun hadapan. Perancangan pula perlukan jangka pendek dan jangka panjang dan juga ‘backup plan‘ untuk memastikan walau apa jua yang berlaku kita sudah bersedia untuk mencapai azam kita.




Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan hari ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba² Mu yang terpilih.

Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan di sepanjang tahun yang akan datang.

Ya Allah,kekalkanlah tahun 2010 yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Tetapkanlah iman kami, kesihatan tubuh badan kami juga kesenangan harta benda kami.

Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami.Hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan.

Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan.

Amin, amin, amin, ya Rabbil ‘alamin…Hidup Ini Singkat

HAPPY NEW YEAR 2010