17 November 2011

KLINIK KESIHATAN PUTRAJAYA

fuhhh! lama rasanya blog nie tak berupdate, sebab mood nak berupdate asik tertangguh kerana leka dekat fb dan twitter. Kat twitter aku tak ada 'friends' pun... Suka nak baca twitter artis2 nie.... Saja nak buang-buang masa.... hehehehhehe

Ok aku nak story la kisah aku ari nie.... Aku nie memang malas nak pegi hospital.. Bukan takut ke aper.... Malas..sebab orang ramai sangat dan aku jenis yg tak suka menunggu lama... But have to go la... dah sakit sangat kan...

Member ofis cakap aku stress kot.. Nak stress apanya... Duduk pentadbiran relax aper. Dulu yer la aku duduk kat Unit Peperiksaan memang banyak kerja.. Tapi tak pernah stress pun... Tak logik la pulak rasanya.. Mesti korang pikir aku stress sebab aku ditinggalkan suami kan???... Nope.... !!! tak pernah stress pun.... Aku bahagia ngan hidup aku sekarang.... Sebab tu aku tak pernah rasa yang aku nie aku stress...

Dah tiga empat hari kepala aku sakit sebelah.. Sampai ke tengkuk.... Selalunya kalau makan ubat pain killer kira ok... Tapi lepas-lepas tu sakit balik... Tak boleh jadi nie... Takut kot-kot ada darah tinggi ker.... Then pagi tadi tawakal ajer ler aku pegi Klinik Kesihatan Putrajaya... Awal-awal pagi aku dah terpacak kat situ.. Cepat pegi cepat balik ler gamaknya... Kat Klinik Kesihatan Putrajaya orang dah ramai pun... Tak tau la pukul berapa dia orang nie kuar rumah...

Kat kaunter pendaftaran aku puji la staf kat situ... Sedia membantu dan sentiasa senyum.... Haaa aku suka la cam tu... Baik budi bahasa dia orang... Cakap pun lemah lembut.... Mungkin awal pagi kot... hahahahahahha...!!!! Then nurse suruh ambil BP. BP aku 129/85. P : 88.. Nurse tu cakap blood aku betul-betul kat atas garisan.. Alamak, scary nye bila dia cakap cam tu. Tak kan la kot.. Aku buat-buat cool ajer la. Tapi dalam hati mintak-mintak jangan la ada darah tinggi.. tak mau..tak mau..

Yuppp jap lagi nak jumpa DR. Tunggu nombor naik... Halahhhhh lambatnya... Ting tonggg 0073.. Haaa nombor aku tu... Ketuk-ketuk pintu.. bagi salam... Tak sempat Dr tanya aku dah cakap dulu.... hehehehehhehe..... Bla..bla..bla.. aku cerita. Then DR tanya aku pernah migrain ker.. Aku cakap duluuuuuu dah lama tak kena migrain... Kerr aku stress Dr tanya lagi.. Aku cakap la kat DR yg cute miut tu... Tak pernah lak aku rasa aku nie stress... Then dia check ler kat tengkuk.. kepala.. bahu.. kot2 ada bengkak ker aper... Tak ada pun katanya... Syukur alhamdulillah...

Then she said.. mungkin aku nie salah tido. Macam muscle tu terseliuh la gamaknya.. Hmmmmm ntah la... Masa mula-mula nak kena tuh.. bangun pagi dah rasa sakit. Maybe la kot.. Dia cakap lagi kalau tak elok dalam seminggu nie.. Kena datang balik. Mintak-mintak baik ler. Tak nak sakit apa-apa. DR bagi ubat sapu dan pain killer. Masa nak ambil ubat nurse kat farmasi tu cakap, sapu ubat krim nie dulu. Jangan makan ubat dulu. Kalau dah sakit sangat baru makan ubat. Dia tak galakkan sakit sikit makan ubat pain killer. Betul gak tu kan. Kalau dah tak tahan sangat sakit nanti baru aku makan. La nie aku masih boleh bertahan lagi.

Ehhhhh aku nak gi lunch la... Lapar dah nie... Haaaaa mesti korang tanya masa aku tulis kisah aku nie aku sakit lagi tak... Sakit sikit ajer... Tadi aku dah tenyeh krim tu kat tengkuk aku... Pijar tu bai.... OK la aku kuar dulu yer... Salammmm semua..!!!!

05 Oktober 2011

HIDUP BUKAN SEKALI


KITA HIDUP DUA KALI
SEKALI MENGUMPUL AMALAN
SEKALI LAGI MENIMBA HASILNYA


Ada orang berkata, hidup hanya sekali sebab itulah kena buat semua perkara. Amboi....amboi.... amboi.... beraninya!!! Buat semua perkara itu termasuk buat kerja maksiat ker???... Maksit itu tujuannya apa pula? Sekadar untuk memuaskan nafsu dan memberi kemenangan kepada musuh-musuh Islam. Mereka bertepuk tangan mengalu-alukan keberanian wanita Islam menanggalkan takwanya.

ALLAH telah memberitahu di dalam AL QURAN bahawa selama-lamanya orang Yahuni dan Nasrani tidak akan duduk dian. Mereka akan berfikir, berusaha untuk menjauhkan umat ISlam daripada agamanya sendiri. Dan mereka menggunakan wanita sebagai senjatanya.

JAdi ditangan kitalah gadis dan wanita, letaknya maruah Islam terutama sekali anak-anak gadis yang masih mentah dan naif. Jika tidak berpaksikan ajaran agama, tentu sahaja mereka bebas memilih pakaian yang disukai tanpa memikirkan batas-batas aurat yang wajid dijaga.

Kata ulama silam, kita hidup dua kali. Sekali ketika di atas dunia, untuk mengumpul sebanyak-sebanyak amal ibadat. Bukan untuk maksiat. Juga bukan untuk memancing kemurkaan TUHAN. Usah sesekali meremehkan dosa kerana gunung yang besar pun berasal daripada batu kerikil yang kecil.

Hidup kita kali kedua adalah di alam abadi yang tiada akhirnya. Ketika itu, kita hanya akan menikmati hasil perbuatan di atas dunia. Jika di atas dunia kebaikan lebih banyak, INSYAALLAH syurga lah tempat kita selama-lamanya.

12 Mei 2011

Permainan pisang dan hati




Mariam, guru kelas tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya”, beritahu Cikgu Mariam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Mariam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?”, tanya Cikgu Mariam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu”, beritahu Cikgu Mariam.

Mariam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci.




Moralnya :

Jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

21 Januari 2011

ENGKAULAH KEKUATAN


Anakku..
Ibumu kini ditinggalkan sendirian untuk membesarkanmu
Terumbang ambing ibu sementara untuk mencari jalan
Untuk kita mulakan semula kehidupan ini
Terasa sakit untuk harungi semua ini dengan sendiri
Namun semangat dan ketabahan hati
Tetap kuat untuk kehidupan kita

Cahaya mataku
Ibumu tidak meminta apa-apapun
Selain dari mengertikan hati ini
Tidak terlalu degil atau tidak mendengar kata
Ibu mahu kita mulakan hidup ini
Tanpa berpaut pada sesiapa
Ibu mahu mencari rezeki yang halal
Dan membesarkan anak ibu dengan sempurna

Cahaya mata ibu
Ibu tidak tahu mengapa ibu terpilih
Untuk harungi semua ini
Namun percayalah wahai anakku
Tidak pernah terdetik dihati ini
Untuk meninggalkan atau membiarkan
Anak ibu membesar dengan tiada kasih sayang

Anakku sayang
Sesungguhnya kadang sering kedegilanmu bisa
Menghilangkan rasa sabarku
Ibu tidak sanggup untuk merotanmu
Namun untuk sebagai peringatan dan pengajaran
Ibu terpaksa
Demi untuk anak ibu menjadi
Manusia yang sempurna di suatu hari nanti..... insyaallah
Ibu terpaksa tegas dan garang
Maafkan ibu untuk itu

Buah hati ibu
Engkaulah segalanya bagi ibu
Engkaulah kekuatan sanubari ibu
Engkaulah rahmat yang Allah turunkan untuk ibu
Akan ibu perjuangkan hidup ini
Demi membesarkan cahaya mata hati ibu