16 Mac 2010

PENGEMBARAAN YANG BELUM BERAKHIR


Perjalanan dalam hidup memang merumitkan.. ..terkadang bahagia terkadang aku kesedihan... .melusuri ranjau-ranjau kehidupanku seakan melihat satu episod yg tak tahu kapan /bila dan dimana akan berakhir.... meski pun demikian..aku bersyukur pada MAHA PENCIPTA bahawa..setiap detik nafasku, ada misteri kehidupan yang harus kukutip bagi menjadi satu pengajaran dalam dairy hati dan kehidupanku. Kebahagian yang kumiliki telah lama kutinggalkan, atau lebih tepat lagi di renggut dari sisiku..tanpa kerelaanku, namun aku pasrah, berlandaskan bahawa kebahagian itu bukan milikku yang abadi sebenarnya.. .semuanya hanya pinjaman semata dari MAHA PENCIPTA.... lantas, aku susuri denai-denai kehidupan ini bersama sedikit taqwa didada....aku sedar bahawa ketaqwaan itu harus kujaga dengan baik, harus kubaja dengan amalan-amalan yang menjanjaikan kenikmatan, namun aku terkadang alpa dan cuai....lantaran itu aku terkadang tergelincir dari landasan agamaku dan melupakan MAHA PENCIPTA, dan jadilah aku seorang hamba yang melupakan erti kesetiaan dalam satu perjanjian yang kumeterai saat kelahiranku dalam tangisan hiba dan bahagia bondaku....masih mampukah aku, meraih kembali bahagia itu bila aku menadah tangan pada MAHA PENCIPTA untuk aku memohon padaNYA satu keampunan yang azali agar aku bisa meraih kembali saat bahagia itu????



Aku tidak ingin menjadi insan-insan yang lupa pada PENCIPTANYA. ...aku ingin menjadi seorang hamba yang baik dan setia walau pun bukan seperti RASUL DAN NABI....cukuplah aku menjadi seorang yg budiman dan ada keimanan di dada...keraana aku tahu....derita seorang insan yang melupakan MAHA PENCIPTANYA. ...aku pernah melalui semua itu...melalui detik-detik yang nampak indah tapi bersalut duka....inginku sematkan didada bahawa betapa aku ingin lari dari semua itu...lari dari sandiwara dunia yang akan berkahir entah kapan....biarlah aku derita hari ini...jangan derita esok.....kerana aku ingin pengembaraanku dimaya in biarlah berakhir dengan bahagia dan ada insan yg membimbingku dalam menyusuri lorong-lorong kehidupan itu menujuh puncak kebahagaian. ...tapi siapakah dia....adakah DIA yang kunanti selama ini? yang aku mula menyayangi dan menyintainya dengan segenap hatiku tanpa melupakan MAHA PENCIPTA...mampukah aku berkongsi segalanya dalam menjalani jalan-jalan berliku itu bila aku bersamanya?. ..Pengembaraan yang belum beakhir..... ......... membuatkan aku seperti c buta mencari cahaya...ye. .akulah c buta itu...dan siapakah gerangannya yang menjadi menunjuk jalanku menujuh cahaya bahagia itu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan